Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kaum kerabat aku

Jumaat, 11 Januari 2013

Segmen : Saya Blogger Dari Negeri....

 

Salam petang Jumaat buat semua Blogger-blogger yang cantik, manis, kacak, menawan dan yang sewaktu dengannya.....oklas...petang ni aku berpeluang untuk menconteng dinding 'pengemis cinta' setelah aku biakan beberapa hari dihujani ribut petir, hujan-panas, angin-monsun...disebabkan kesibukan kerja yang teramat sangat....so, aku berminat rasanya nak sertai satu segmen yang agak menarik jika dikongsikan bersama.....para-para blogger!!! jom join segmen nie...sama-sama kita banggakan diri sendiri dengan meng 'join'kan diri melalui segmen nie....

Ok....pada fikiran aku....ada baiknya aku jadikan satu segmen 2 entri...apa maksud aku????? sama-sama kita nantikan....hehehe....
Kelantan atau di sebut dalam bahasa loghat 'Klate'.....amat popular dengan budaya dan cara hidupnya yang tersendiri...sebuah negeri yang terletak di semenanjung Malaysia dan terletak bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.....itu semua korang pun tau kan... :)


 Sejarah aku di Klate ni bermula dengan atuk + nenek aku....but aku dibesarkan dinegeri lain dan hari nie aku kembali disini....menetap disini dan mempunyai hidup disini.....walau aku kerja di serata negeri.....so, aku amat berbangga dengan tempat asal keturunan aku nie....walau kadang banyak cerita yang tidak enak didengar tentang Kelantan....tentang personaliti orang-orang Klate dan sebagainya.... namun hakikatnya kita semua tidak jauh berbeza....kalau dulu Kelantan jauh mundur ke belakang tapi kini ia sudah menjadi salah satu negeri pelancongan dan pembangunan yang amat pesat dan maju...tak percaya?? datang tengok sendiri....hehe....jangan sekadar dengar, lalu menunding jari (AKU TAK SUKA ORANG KELANTAN!!! ).......dan lagi satu erk...korang jangan action tau....minyak kereta yang korang dok tuang pakai tu...salah satu sumber yang terbesar adalah datang dari telaga minyak Negeri Klate......cuma disedut ke Terengganu je....ramai yang tak tahu....nak tahu cari maklumat sendiri...hahaha...aku hari ni bukan nak cerita pasal telaga minyak, cumanya nak berkongsila serba sedikit apa yang ada kat Klate ni....mana tahu satu hari nanti korang sampai sini. at least tau mana tempat yang nak dituju....

Banyak juga tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi jika datang ke Klate, jika yang kaki shopping dan buat bisnes ini diantara tempat yang korang patut kunjungi :



borong2.....3 rm10...beli jangan xbeli..
 Ini adalah satu tempat kunjungan para pelacong dan peniaga yang menjadi tumpuan untuk mendapatkan barang atau sumber bekalan perniagaan mereka, macam-macam ada jual....dari pakaian, barangan kelengkapan rumah...sayur-sayuran, buah-buahan....segala jenis barang boleh didapati kat sini......terletak 10 minit dari pusat bandar dan waktu perniagaan kat sini bermula 5 petang - 3 pagi.....




Batik dan songket......, disini terdapat berpuluh kedai yang menjual batik, songket dan pelbagai barangan kraf diperbuat dari perak, rotan dan sebagainya....kalau nak bisnes batik or nak cari souvenirs dari Klate....inila tempatnya....terletak betul-betul didalam bandar Kota Bharu.



Terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu, diantara tempat paling famous bagi jurnalis-jurnalis luar negara kerana budaya kerja disini yang dimonopoli 95% kaum hawa yang peringkat pertengahan dan agak berumur......segala jenis makanan siap masak, barangan dapur basah dan kering dan segala jenis yang berkaitan masak memasak boleh korang cari....mintak saja apa...gerenti dapat!!!

 
entry gate ke Thailand...

belok kanan.....
Kesemua tempat ini adalah kawasan zon bebas cukai, amat popular bagi mereka-mereka yang menjalankan perniagaan kelengkapan isi rumah dan pakaian. Kesemua tempat ini terletak bersempadan dengan negara jiran, Thailand....disebabkan itula ianya menjadi kunjungan ramai tidak kira dari dalam dan luar negeri....Rantau Panjang salah satunya yang paling top....jarak perjalanan hanya 40 minit dari bandar dan akses yang mudah untuk ke 'oversea'.... hanya menaiki perahu dan tambang hanya Rm1....sudah sampai....wah boleh berbangga dengan itu...hehehe....nak try jemputla ke Klate.....



 

 Mall yang terbesar di negeri Klate....hanya 10 minit dari pusat bandar....pernah popular disebabkan memori tragedi kb mall....(ini aku tak mahu campur)

 

Buat mereka yang suka aktiviti lasak, meh kesini :




 Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti trekking, mendaki gunung, dan pencinta alam, Gunung Stong adalah amat sesuai untuk diterokai....dengan ketinggian 1,433m dari aras laut dan juga dikenali sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara, ianya terletak dalam kawasan Hutan Simpan Negeri Kelantan.(nantikan entri seterusnya - Gunung Stong edisi XPDC Pengemis Cinta)





Di kelilingi hutan hijau tropika......begitu segar dan nyaman udaranya.......amat sesuai untuk camping, kayak, trekking.....

Buat kaki melantak....jom ikut aku..... :
  

 Ok...kalau korang jenis enjoy dengan makanan sini tempatnya, disini ada satu restoran yang dikenali
'RESTORAN CIKGU NASI ULAM'


wah...bukan main lagi...tak tengok kiri kanan dorang nie...
Terdapat pelbagai jenis lauk-pauk dengan masakan ala-kampung ciri Klate.....pergghhh....menjilat jari dan yang paling penting tentang part harga...korang makan la sebanyak manapun ianya tetap memadai dan amat murah...aku gerenti korang takkan dapat kat tempat lain. kalau tak percaya datang Klate makan sini....kalau mahal juga claim dengan aku.....


2 my lil brother...xsabar tunggu tom yam tu!!
 Dah namanya pun 'sue tom yam' dah tentu masakan paling best kat sini tomyam....,kalau nak rasa masakan panas dan segala masakan ala-Thai salah satu tempat korang boleh kunjungi restoran ni....tomyam dia memang best....i tell you.....

Buat pecinta sejarah ada beberapa tempat dan monumen menarik yang korang boleh kunjungi di sekitar negeri Klate diantaranya MUZIUM KRAF, GELANGGANG SENI, MASJID AL-MUHAMMADI, MUZIUM PERANG, MUZIUM NEGERI, MUZIUM DIRAJA (ISTANA BATU), MUZIUM ISTANA JAHAR, MASJID KAMPUNG LAUT, KUIL SWEET NYET KONG dan beberapa lagi tempat-tempat sejarah yang tak mampu aku sebut disini....

Penginapan?.....soal ni korang tak payah risau, dari hotel bertaraf 5 bintang hingga ke Homestay korang boleh dapat....resort dan chalet tepi pantai pun korang boleh dapat dengan kadar harga yang berbaloi dan munasabah.....diantaranya ;


nantikan entri TOK AMAN BALI BEACH RESORT   


Done....so inilah serba sedikit tentang negeri Klate....kalau aku nak tulis lagi dah macam travel guide la plak....sudi-sudi la ke Klate.......sebarang info yang lebih lagi korang boleh rujuk di pusat pelacongan negeri atau portal-portal yang berkaitan....

p/s : sesetengah gambar di upload dari web...terima kasih buat sesiapa saja pemiliknya....

32 ulasan:

Unknown berkata...

Salam keindahan jumaat...memang menarik lah...

Eedi Aziz berkata...

Nao Mei : jemput ke Klate ye... :)

Asmar Arafad berkata...

slm kenal org kelantan, nie org kedah mai follow balik..best nyer kelantan nanti nak pergi lah

http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/01/hanif-idrus-giveaway-2013-segmen.html

Eedi Aziz berkata...

Asmar Arafad : thanks....singgah...jemputla ke Klate.....

Annyss Aleeya berkata...

salam perkenalan.
balas kunjungan ye.
mek klate jugak nie. hihi.

http://pinkuntukaku.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Unknown berkata...

Salam..dr segmen yg sama..kte dr penang.. ;) btw singgah n follow u dear.

http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Syahirah Hashim berkata...

done follow...follow la kite balik ye..dari qlate :)


http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Eedi Aziz berkata...

Annyss Aleeya @ Seneorita Baharin @ Iyraa Cariyno : thanks semua....salam blogger...salam kenal...salam 2013...

Unknown berkata...

mmg menarik kelantan....pernah sampai sekali je tu pon masa member kawen...entah bila ada peluang utk ke sana lg agaknya....

Unknown berkata...

wahhh nampak macam best la.. =) btw, tq,done following... ^^

Ena's Stories berkata...

saya pernah ke sini..tapi lama da dulu...suka shoping kat sini...hehehe

Eedi Aziz berkata...

Mohd Lokman Bin Ramli : its ok bro...thanks sudi bertandang...

Isma Emilia : ya...thanks....jemput ke kelantan...

Ena's Palace : rantau panjang?

QasehnyaRania berkata...

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

salam kenal dari ciksu:D
singgah dari segmen yang sama..
dari kedah

menarik ..ciksu belom penah sampai kelantan lagi..huhu
sangat suka nasi kerabu :D

Irfa berkata...

w,pun kita dari 'kapal' yg sama..tp byk tpt yg kamu tulis itu..akak x penah pegi pun.sian kan?

umur 19 dah berhijrah ke bumi s'gor

Eedi Aziz berkata...

QasehnyaRania : rugila klu suka nasi kerabu but xpernah rasa nasi kerabu 'ori' Kelantan...anyways...thanks sudi bertandang....

Irfa : ishh cmner nie...org Klate...rugi...jom2

Unknown berkata...

yeahh like klate ! rinduu nak maghi klate. rinduu suasana di sana. rindu crmh tok guru :)

Unknown berkata...

blogger melaka dtg melawat ^^

http://www.nazlyizan.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Eedi Aziz berkata...

Mar Haini Abdul Rahim : meh pakat g dengar ceramah tok guru hari jumaat nie..haha

yana aina : thanks org melaka....dah lama x p melawat sana...last p lepas raya hari tu...tahun nie belum lagi...

yeen miscelivious : salam org nogori...thanks singgah...perhan ke Klate??

NumNum berkata...

http://hanumsahaja-26.blogspot.com/2013/01/lepat.html follow 84

Tanpa Nama berkata...

datang menjenguk sini kembali. salam perkenalan daro orang kampung =)

Unknown berkata...

Wow! memang hebat blog awak, penuh dengan info ...bergambar yg menarik sekali...

Eedi Aziz berkata...

doraemonsaja : thanks sudi bertandang...

Fazi Isma : hye orng sekampung...selamat bertandang...

Etuza Ezawarna : thanks...itulah yang cuba disampaikan melalui blog 'Pengemis Cinta" disetiap perjalanan ada input yg boleh dikongsi dan digunakan bersama...

M@M@ SH@RIDZ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
M@M@ SH@RIDZ berkata...

kunjungan balas dari perak....
salam BW.... dah lama x ke klate, sejak habis belajar tak sempat nak pergi lagi cari nasi kerabu kok lanas.....
done follow blog ni....

riss aziela berkata...

hye...kunjungan balas...:) dari negeri beradat....=)

Qyn Isma berkata...

hua rajen buat entry pjg2. smangat ye :DDD

Eedi Aziz berkata...

M@M@ SH@RIDZ : thanks....sudi bertandang... kok lanas? politeknik erk??

Riss Aziela : thanks sudi bertandang...

Eedi Aziz berkata...

Qynisma : bangga dengan tempat sendiri :)

Unknown berkata...

as salam..

salam kenal melalui segmen y sama..
Ecah orghe klate jgk..

http://violetungupurple89.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

sudi2 tuk follow my blog.. tq

NuRuL berkata...

orang selangor datang melawat kelantan pula.. hehe

teringin pergi ke kelantan.. :)

http://uaredifferent.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-selangor.html

Eedi Aziz berkata...

Ecah Shaimi @ NuRuL : thanks ye....jemput2 la meneroka ladang Pengemis Cinta

♥ Izni ♥ berkata...

As'salam.
iz dtg dr sgmnt yg sme maaf llmbt ea rse bslh plak huhuhu
='(
SALAM PEKENALAN EA =D