so, untuk introduction aku perkenalkan serba sedikit tentang diri aku yang tak seberapa ni...aku di panggil dengan nama Eedi...dan dalam ic pun itulah ejaan betul nama aku NOOR EEDI....dari Kota Bharu, Kelantan...bekerjaya sebagai seorang entrepreneur ataupun usahawan atau lebih senang lagi menguruskan syarikat sendiri...hihi....
okla...LANGKAH KEDUA.....sebenarnya aku juga terpanggil utk menulis ni atas dasar ingin memberi sedikit ruang pada diri sendri untuk berkongsi...bersandar...bercerita...mengelakkan kecelaruan diri dari kesibukkan kerja dan benda yang berserabut kat dunia ni...cewahh...cam ye2 jew....
ilham dan semangat hari ni datang dari anak buah aku yang Pertama yang baru saja nak pandai bertatih@berjalan...bermula dengan langkah pertamanya yg xberapa ampuh tu...hari ni dia berjaya membuat langkah kedua dalam hidupnya...aku berasa bangga dan amat kagum diatas semangat kesungguhnya untuk melangkah walau dah JATUH terduduk banyak kali....namun dia tetap cuba berdiri dan memulakan lagi langkahnya.......
Kekuatan dan semangatnya telah membakar diri aku ni...betapa gigihnya dia tanpa mengenal erti gagal memberi impak besar pada aku...rasa tertampar diri sendiri pun ada....seperti manusia biasa lain pada langkah pertama aku...aku telah gagal.....dan kini aku cuba dan telah bangkit dengan semangat dan azamku untuk terus melangkah buat kedua kalinya didalam perjuangan diri sendiri untuk meneruskan kehidupan yang aku sendiri tidak tahu hujungnya ini........semoga langkah kedua aku ini tidak lagi dibelenggu dengan rantaian kemusnahan.......harapan usahaku untuk menjadi "Pengemis Cinta" pada Illahi...pada sesama Insan dan kesemua hidupan didunia yang fana ini dirahmati Nya...semoga cinta dan kasihku kepadaNya akan membawa kepada kejalan kebenaran Nya...
setakat ni dulu rasanya aku berceloteh...so, sekali lagi aku hulurkan salam perkenalan buat kesemua Blogger2....kalau ruang blog aku ni semacam je korang tengok..mintak2la tunjuk ajar ye....aku masih belum mahir lagi nak buat itu ini kat ruangan blog tu...aku bedal je....c u all in next entry....
Inila anak buah aku yg telah berjaya memulakan Langkahnya - Syeefa |
2 ulasan:
gud luck
Happy blogging.
sip...
Catat Ulasan