Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kaum kerabat aku

Isnin, 31 Disember 2012

Korang ada tak???!!



>>> Ni aku punya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
rujuk persoalan dibawah ni....
:
:
:
:
:
:
:
:


Gote??? Lekor??? Losong???

Sebelum aku menutup mata....untuk tidow!!!.....de sesuatu yang aku cuba kupas pada entri kali ini...Mesti sesetengah dah tau dan dapat agak apa yang cuba diperkatakan kalau tengok dari tajuk tu kan???.....

Keropok Lekor....betul tu!!!!! makanan yang berasal dari negeri pantai timur.......nak tau sejarahnya baca bawah nie >>>

Asal-usul keropok Losong

Keropok yang siap direbus sedia dijual kepada pembeli yang menunggu di Kedai Adik-Beradik Enterprise di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU 19 Julai - Setiap nama pasti ada sejarah dan asal usulnya.
Tidak kira nama tempat, orang, produk ataupun nama sesetengah makanan yang turut menjadi perkara biasa dikaitkan dengan sejarah permulaan penghasilannya.
Contohnya, mi udang Sungai Dua, laksa Kuala Perlis dan bubur lambuk Kampung Baru hanyalah antara beberapa nama yang pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi sekiranya anda mengunjungi negeri tersebut.
Sebut sahaja menu tersebut pastinya lokasi yang sama juga akan diberitahu oleh teman-teman anda yang pastinya pernah mengunjungi lokasi makanan itu yang dikatakan amat popular dengan kelazatan makanan yang dihidangkan.
Turut popular ialah keropok lekor Losong yang menjadi buah mulut sesiapa sahaja sekiranya singgah di negeri yang dikenali sebagai negeri warisan pesisir pantai itu.
Bagi yang tidak mengetahui, keropok lekor atau lebih dikenali sebagai 'kepok gote' di kalangan penduduk tempatan, diperbuat daripada ikan dan sagu dan diadun menjadi satu adunan lembut lembut yang kemudian digentel menjadi seperti bentuk sosej dan boleh dimakan sama ada digoreng atau direbus.
Seperti menu-menu popular yang disebutkan sebelum ini, keropok lekor amat sinonim dengan Losong.
Namun tahukah anda bagaimana asal panggilan tersebut bermula sehingga begitu terkenal kini?
Wartawan Utusan Malaysia sempat menjengah ke lokasi pembuatan keropok lekor popular itu baru-baru ini untuk melihat sendiri bagaimana penghasilan juadah tersebut dibuat selain mengetahui asal-usul makanan itu.
Tidak sukar untuk mencari lokasi popular tempat penghasilan makanan itu memandangkan setiap sudut mempunyai papan arah ke lokasi tersebut.
Mana tidaknya, sebut sahaja Losong pastinya ramai yang boleh menunjukkan arah memandangkan ia hanya 10 minit dari bandar raya Kuala Terengganu.
Kampong Losong atau nama asal kampung tersebut ialah Kampung Losong Haji Su yang diambil sempena nama seorang penduduk asal di kampung tersebut.
Malangnya penulis tidak dapat menemuinya kerana dia telah lama meninggal dan tiada saudara-maranya yang boleh ditemui.
Namun, dengan menemubual beberapa penduduk asal yang turut mengusahakan produk keropok lekor tersebut, asal usul keropok lekor Losong itu berjaya disingkap.
Menurut seorang pembuat keropok lekor yang telah bergiat aktif selama 40 tahun lalu mewarisi perniagaan keluarganya, Fatimah Salmah Long, 60, berkata keropok lekor Losong pada asalnya telah mula dihasilkan di sini dan dia bersama keluarganya adalah orang pertama yang memulakan perniagaan tersebut.
Katanya, keropok lekor lebih dikenali di Losong memandangkan rasanya yang enak serta lebih lembut berbeza daripada tempat lain.
Jelasnya, ia juga hanya dijual dengan harga 20 sen untuk satu batang (saiz kecil) dan RM1 sebatang( saiz besar) sejak dahulu sehingga kini.
''Pada peringkat awal hanya beberapa keluarga yang menjalankan perniagaan ini dan ia diwarisi turun-temurun dan rasanya masih tetap sama seperti dulu.
''Namun kini telah banyak gerai yang turut menjual keropok lekor dan ia mudah didapati di mana-mana namun saya tidak pasti rasanya masih sama atau tidak," katanya ketika ditemui di gerainya, Adik-beradik Enterprise, Kampung Losong Haji Su.
Bagi pengusaha keropok lekor Losong sejak 40 tahun lalu, Mariam Ngah Awang, 65, memberitahu gelaran keropok lekor Losong diperoleh bukan sekadar dari nama kampung tempat penghasilan makanan tersebut.
Jelasnya, bentuknya yang kecil serta panjang seperti bentuk sosej menyebabkan ia popular satu masa dahulu.'
''Pada waktu dahulu di Losong, pengusaha-pengusaha keropok lekor menghasilkan keropok lekor bersaiz kecik iaitu hanya sepanjang lima hingga enam inci sahaja yang rasanya juga lebih enak daripada keropok lekor di tempat lain yang saiznya lebih besar dan kurang enak.
''Justeru itu, apabila penggemar makanan ini ingin mendapatkan keropok jenis ini, mereka sering memberitahu bahawa hanya di Kampung Losong sahaja boleh diperolehi, jadi begitulah asal nama keropok lekor Losong ini terjadi," ujarnya.
Begitulah asal-usul nama keropok lekor Losong yang sering menjadi sebut-sebutan itu.
Sama ada ia benar-benar enak ataupun sekadar obses dan mentaliti orang kita terhadap sesuatu yang telah popular, hanya penggemar makanan itu sahaja yang boleh menjawabnya.
Bagi penulis, singgah ke Kampung Losong Haji Su bagai satu kemestian jika ke Negeri Terengganu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz2GYjDwYIH
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Hah!!!!! panjang lebar....aku copy paste je...kalau rajin silakan baca >>> cerita aku lak pasal keropok 'gote' ni.....dimalam yang dingin tepat jam 12:13am aku mula mencari sesuatu untuk mencekik darah kat ice box setelah aku bangkit dari tertidow selepas sembahyang mahgrib tadi.....dengan balik kerja, tak mandi terus tidow...buruk punya perangai kan....ok....sambung story....buka ice box...de macam2 coklat, waffle, coklat cake pun ada....tapi tu semua tak menarik minat aku....aku lebih tertarik pada plastik bag yang dalamnya tu ade bungkusan dengan kertas surat khabar.....hehe....nampak cam menarik je kan.....harap bukan belacan....apa lagi terus capai dan bayangan dalam kepala dah timbul..."wah best ni makan panas2".........aku buka paper bungkusan tu....jeng..jeng...jeng...100% tepat.....'keropok gote'
Apa lagi ke dapur...capai kuali....panaskan minyak.......menggelegak je minyak.....jalan.........menggoreng la aku di tegah malam buta......

nie rupanya yang belum di goreng.....
Beberapa minit saja diperlukan untuk menggoreng keropok ni...ala macam 'hot dog'....lama sangat hangit...tak best lak...........so.....pe lagi mencekik la aku sorang2 sambil layan MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 (siaran ulangan kat Astro Warna).........selesai mencekik...aku mandi...solat isyak.....habiskan entri ni.....and nak tidow le.....:)
Yang tak pernah merasa lagi...cuba2 la rasa....tak ruginya...lebih sedap dari hot dog tau....

setelah digoreng inila rupanya......jemput menjamu selera ye!!!

Ahad, 30 Disember 2012

Teman Sejati yang Busuk...

Di antara kita ni, tak kirala dari yang kecik ke...yang remaja...dan yang dewasa, mesti mempunyai teman....teman istilahnya ialah seorang yang dekat dengan kita saling berhubungan...saling mencetuskan...saling berkongsi...saling memerlukan antara satu sama lain.....tak kirala macammana orangnya namun jika di panggil teman itulah keadaannya......

Tetapi apakah pendapat anda jika anda mempunyai teman yang amat dikenali dengan panggilan manjanya "Busuk"....walau dah berbotol pefume spray kat dia pun tetap dipanggil busuk juga......hah....camner tu? sanggup ke korang nak berteman????? Nak tak nak terpaksa juga kan kalau dah memerlukan bia apa orang nak kata....dah kalau dia teman sejati kita.....

Hahaha.......busuk....busuk....memang busuk....kalau bertahun tak dicuci........ itulah kisahnya kalau nama pun dipanggil 'bantal busuk'.......tak perlula nak malu dengan benda ni kan??? tak kira la apa status anda...tua @ muda, bos @ kuli, dato @ datin.....walaupun tak 100% yang mempunyai bantal busuk dikalangan kita ni but gerenti ada......kalau tak percaya hah....aunty aku walau status Datin sekalipun tetap ada benda alah tu...haha....(pecah rahsia)....bantal busuk milik dia tu dah lebih kurang umur aku dah....apo nak dikato? sampai sekarang pun mana dia pergi dibawanya bantal tu....so.....status tak memainkan peranan disini..... 

:) tak perlu nak cerita hal orang...aku sendiri pun walau umur dah nak menjenguk 29 tahun...bulan 7 tahun depanla....sama juga still ade teman sejati ni........tapi tak la setua makcik aku punya teman.....muda lagi teman aku ni...asalnya dia aku jumpa kat shopping complex masa family outing...hehe 4-5 tahun lepas kat KB MALL, Kota Bharu......tujuan asalnya aku nak letak dalam 1st car yang aku beli hasil titik peluh aku sendiri...satria neo...coz aku dulu sering travel dengan kereta so...kalu dah penat sangat driving aku akan cari port-port yang selamat dan meneruskan misi....Tidow......so datangla idea masa lalu kat kedai cenderahati tu...nampak si teman ni...boleh jadikan alas kepala aku....jawabnya...ma aku yang jadi mangsa...tolong pergi belikan...hah dari hari tu jadila dia teman sejatiku.....jodoh aku tak panjang dengan satria neo tu.....bertambah akrabla aku dengan si teman sejati ni...mana taknya dari tinggal dalam kereta aku bawa ke katil.....bermulala hidup dia sebagai 'teman sejati yang busuk'.....dah bermacam peta kat dunia ni aku ukirkan......tapi yang bestnya dia tetap setia......

Pooh tu teman sejati aku yang tiada siapa pernah mengetahuinya sehingga hari ini.....
Sponge Bob tu milik sesorang yang tertinggal...sesaje aku jadikan teman bergambar si pooh








Sabtu, 29 Disember 2012

BerTambah + + +

huisshh!!!!! bersawang wall Pengemis Cinta...seminggu juga hilang menyepi tanpa sempat untuk update story semasa dan terkini kat ruangan ni....akhir tahun sibuk je...orang dok sibuk habiskan cuti...balik Kampung, bawa anak jalan-jalan dsb....aku??? menghadapla kerja sendiri....haiyaa...nak buat camner aku baru nak melangkah buat kedua kalinya...projek baru jalan...redha je la...alhamdulillah...malam ni sempat menjenguk and poke blogger-blogger yang mana ada.....

Tinggal berapa hari je lagi menjelang tahun baru...bertambahla segalanya..rezeki....usia...tanggungjawab...tekanan...bebanan...kecerdikan...kewarasan...jawabnya serba-serbi bertambahla.....ada yang dapat kerja baru, ada yang buat bisnes baru, ada yang sambung belajar...hah ada juga yang dapat baby baru...itula kehidupan...semakin hari semakin bertambah dan tidak berkurangan dalam hidup kita ni....

Hidup mesti diteruskan...tiada istilah berputus asa, apatah lagi dalam dunia yang serba moden ni...lewat sikit pasti ketinggalan...dan aku tak nak menjadi sebahagian dari itu.....so teruskan perjuangan anda...tambahkan usaha...cekalkan diri...apapun rintangan pasti dapat diatasi.....

Tengok ni >>>

Pantang tul bunyi fon....dia lak yang bising.....

Syeefa yang kecil ni pun makin hari makin bertambah nakal sejak mula dapat kaki, hah bukan main lagi...sekarang plak...gigi dah betambah asyik nak mengigit je kerjanya...pantang lepas hulur jari...nayala jawabnya...dah tu siap pandai usik orang.....handphone pantang bunyi.....diala orang pertama yang cuba mencarinya dan selagi tak dijawab fon tu...selagi tu dia yang dok bising.....hurm tak lama lagi birthday Syeefa akan tiba...bulan 2..birthday pertama untuk dirinya dan hari yang sama akad nikah kembali Walid dan Ummi Syeefa ni...hehe maksud aku ulangtahun.......bertambah usia ikatan mereka...alhamdulilah....semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir Hayat....

Adik aku...Walid kepada Syeefa




Sabtu, 22 Disember 2012

PENCURI HATI

Hurm......Kelantan semakin hari semakin di "Curahi' Hujan lebat...hihi...so segala pergerakan dan aktiviti tambahan selain kerja terasa teerrrbatas.......rasa malas nak buat itu ini...al maklum nak kuar je rasa rimas ...basah....ini pun aku masih kat ofis dah settle semuanya....nak keluar hujan mencurah-curah.....waduhhh....pe lagi on9 checking pe yang patut....

Actually entri kali ni tak de input apa-apa pun just still mengamit memorila hujan-hujan ni.....dah nama "Pengemis Cinta"........haha....tak adela............hujan......membuatkan pemikiran pun jadi terbatas dah......haha...aku ade satu karya penulisan yang masih lagi dalam simpanan aku....hasil nurkilan seorang insan.....ya...ni bukan soal syok sendiri erk...de orang cakap blog ni bukan tempat untuk cerita hal-hal peribadi...tapi tak kisahla kan.....hehe........aku masih lagi cuba dan cuba mengolah dan mendapatkan bantuan untuk jadikan nurkilan ni sebuah lagu yang boleh didendangkan kelak....sama-sama kita dengar nanti...hehe...insyaAllah....aku berusaha sedaya usahaku seperti aku perjuangkan masa depanku...cewahhh........



- PENCURI HATI -



KALA MALAM HADIRNYA BAYANGANMU
WAJAHMU DI ALAM MIMPIKU

TAK BISA KU HAPUS DISEGENAP RUANG ITU

PANDANGAN PERTAMA MENGUSIK JIWA
TANPA KU SEDAR TERBIT RASA CINTA
ANTARA DUA MANUSIA/INSAN/HATI
OH TUHAN APAKAH INI SEMUA
KAU BERI KESEMPATAN YANG TIDAK DIDUGA
PADA DUA HATI YANG BERBEDA

KADANG RASA BERSALAH MEYELUBUNGI DIRI INI
PADA PENCURI HATI YANG DATANG TIBA-TIBA
AKU LEMAH TIDAK BERDAYA
AKU HANYA HAMBAMU YANG TIDAK SEMPURNA
APAKAH INI PERMAINAN CINTA  ATAU
ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

KINI AKU HANYA BERSERAH
PADA PERJALANAN CINTA ENTAH DIMANA PENGHUJUNGNYA
AKU JUGA TIDAK BISA MENGHARAPKAN SEPENUHNYA
WALAUPUN AKU TAHU KAULAH PENCURI HATIKU
SAAT AKU MEMBUTUHKAN RASA ITU
DAN AKU MAHU RASA ITU BERADA DEKAT DENGANKU
HINGGA SAAT/NAFAS TERAKHIRKU
KERNA KUSEDAR….BESAR RASA CINTAKU PADAMU/NYA
  
nurkilan : LSEA



Khamis, 20 Disember 2012

Etok salai!!!

Jika di Kelantan digelar dengan nama 'etok' kat tempat lain aku xberapa pasti lak....kebetulan aku baru balik dari airport pergi book ticket petang tadi, aku drive balik melalui jalan Maktab Rendah Sains Mara Peng. Chepa Kelantan.....orang Kelantan mesti tau.....bia pun hujan rintik-rintik ada seorang makcik dengan berpayungkan payung besar (payung pasar malam)...hihi.....tergantung signboard -ETOK SALAI- hah..hujan-hujan pun ada etok...pe lagi rembatla...memang fav aku ni....rugila siapa yang tak makan satu hidupan dari adik beradik siput ni....


Tapi untuk pengetahuan pengemar-pengemar etok salai...sepanjang kajian aku...etok salai yang paling best adalah etok salai Kg.Salor.....walaupun jarak ke sana dalam 40 minit pergi dan balik dari bandar Kota Bharu (itu pun ditambah dengan jalan sesak), dah datang kempunan aku tetap pergi sana beli....so siapa-siapa yang nak try boleh la mencarinya.....gerenti menjilat jari.........aku jamin......

Lokasi "etok salai" besssttt!!!


inila "Etok Salai" yang dimaksudkan......mayb lain negeri lain namanya dan cara memasaknya.....tapi cubala......


Thanks Bro...



Thanks buat Nick seorang blogger yang aku baru kenal dalam 5 - 6 hari ni je...yela sama umur dengan blog aku...dia ni orang lama gak dalam dunia blogger, memang jauh nak compare dengan aku....tetapi hari ni bila aku on page blogger...eh2 de review dari blog ni dengan entri http://nicknashram.blogspot.com/2012/12/review-blogger-hensem-blog-nick-nashram.html.....terpampang muka aku...so, amat la bebesar hati kerana blogger baru ni di"review"kan......hihi....whateva pun thanks to Cikgu Nick.....and kepada blogger2 diluar sana yang sudi terjah and follow blog "PENGEMIS CINTA" thank you so much.....

p/s : Nick balik kampung kite pekena nasi kerabu...hahaha

Isnin, 17 Disember 2012

Akhirnya......


Sempat akhirnya aku menjamah ruangan 'new post' pada malam ni untuk penuhkan story kembara "pengemis cinta" di Kota London...

Ok...kisah aku kesana sebenar juga atas dasar bercuti dan sedikit hal kerja...jadi tempoh aku disana untuk selesaikan segalanya mengambil masa sebulan mengikut jadual...jadi dicelah-celah ruang masa yang ada aku sering ronda-ronda jalan kaki pusing kota...boleh kata habis semua tempat aku round kat Kota London tu.......
Best....memey best sangat........TeTapi...ada tapinya.....satu kejadian yang tak diingini berlaku...itupun bukan berlaku kat sana....kejadian berlaku kat lagi satu negara.....Indonesia....hah??? apa kaitan????

Parliament Square
Kaitannya.....pulangnya kami dari London...aku terbang ke Jakarta, Indonesia...situla kejadiannya berlaku....laptop aku hilang kat sana masa dok busy buat apa ntah...haha...jadi segala memori n beratus gambar kat London tu pun turut hilang.....beberapa gambar yang ada ni hanyala sisa baki yang aku dah upload kat Facebook...huh memang sakit hati...hilang arah pun ada...yela bukan soal picture tu je...semua data-data kerja pun ada...sendiri mau ingat la....nama lagi komputer peribadi...

Jangan risau....de rezeki kita p lagi......insyaAllah sampai lagi...Honeymoon...:)

So...teruskan ceritanya...settle tanggungjawab...'kerja'...aku akan ronda...snap picture.. tu je kerja tambahan  aku....de beberapa tempat yang biasanya disebut kat Kota London seperti Trafalgar Square, London Bridge, The Big Ben, The London Eyes, Harrods London...hah semua tu gerenti aku cari...dan memey jumpa....apa lagi bergambarla...

Trafalgar Square
Trafalgar Square
The London Eyes and The Big Ben
View dari London bridge
London Bridge

Inila kerja part time aku sepanjang kat sana....pose.....bukan main lagi.....lantakla pe orang nak cakap...dah namanya Holiday....kerja tu sampingan je....actually selain ini semua ada satu lagi sesuatu yang paling bermakna sepanjang pengembaraan ini.....seperti apa yang kita buat and tengah lakukan sekarang ni...masing-masing menghadap laptop,pc,tab,smartfon and gadget2 yang menghubungkan kita dengan network diseluruh pelusuk dunia.....NETWORK....samaada urusan kerja, berteman, berkawan, berpacar...bercinta...haha.....semuanya network.....so sepanjang pengembaraan aku dok sibuk p mai..pmai tang tu...aku luaskan network aku disana...oleh sebab itu aku dapatla kawan mat salleh dan sebagainya...itu yang cukup bermakna...walau dimana kita berinjak...jangan kita buat bodoh sombong sendiri....rugi.......so they all yang aku kenal sepanjang disana tu...ada salah seorangnya pernah juga sampai ke Malaysia...see....kecik nya dunia.....okay ini di antara mereka yang aku sempat kenal and berkawan hingga sekarang.........


Ini Steve.....budak ni student lagi kat UK...dia memang asal sana...masa aku jumpa dia dok tengah berguling-galak dengan geng2 dia...dalam ramai2 yang dok kat Trafagal Square, konon2nya dia la hero....sampai bapak singa pun dia tunggang...konon nak tunjuk hero kampung la....klu dah tahap student tu dah memang cam tu...nama lagi remaja...mana2 pergi pun sama 


Charlie....fotografer...dia ni la yang pernah sampai KL.....aku terserempak dengan dia kat atas brigde nak pergi London Eye...nampak syok dia dok shoot View river tu...aku sapa and minta tolong dia snap picture...hah situla mula conversation kitaorang...so...aku yang english xberapa betul sangat pun belasah je...hehe.....

Ni Ibrahim...dari salah satu part of Eygpt...dia ni Islam.....bapak dia tauke bot nelayan kat sana...anak saudagar juga la...dia hijrah kat London nak cari pengalaman....tambah lagi dia tak suka kat laut...dia datang melapak and dalam masa part time jadi chef kat arab cruisine kat sana...kenal...dah tentu masa aku bedal Kebab kat situ.....dari situ...sempat beberapa kali membujang dengan dia ni...kat London tapi susah sikit dia xberapa pandai sangat english...so ayam itik la aku dengan dia....

James.....engineer......macam artis filem pun ada....korang pernah dengar Carboot sales....hujung minggu kat sana penuhla dorang datang tempat2 yang memang disediakan untuk aktiviti tu...wow kat sini memang korong bleh dapat barang2 original yang bundle 1st hand...gerenti....macam2 barang...daripada pakaian...barang2 kelengkapan rumah...maknanya semua bendala ada.....dan macam2 orang...dari pangkat rendah hingga...hah...yang ni engineer...kadang tu dorang saja je  aktiviti masa lapang...eratkan silaturahim....bukan nak menjual sangat....










Eustance and fernando....dorang dari Spain...cam aku gak dorang ke London ni just vacation...sama-sama dok bergambar...
 






Minah ni dari Lubnan....Ajram...tu nama dia...sama2 nak berangkat ke negara masing-masing...dia kerja bahagian IT kat salah sebuah company kat London...kata dia....










Tingu...yang ni paling aku respek...bagi anak mudala katakan....di London, study punya pasal...dari India, dalam masa yang dia dok buat part time...macam2 kerja hingga dia mampu pakai 2 bijik superbike...Hayabusa tu...sapa2 minat bike cam aku dia mesti tau... kat Kota London dengan hasil titik peluh dia tu......memey tabik ar cara dia motivasikan diri dia dalam kejar citer2.....











Ni bukan siapa-siapa pun....Pak Guard kat Harrods......menyibuk je...



















Ok......so, nampaknya inila ending story untuk pengembaraan ni....kalu berceloteh panjang lebar pun nampak cam aku syok sendiri...so dua entri untuk untuk pengembara mengimbau memori dalam musim hujan ni rasanya dah cukupla.....tetapi moral yang paling penting kat sini....kat mana kita berada...kita tetap berdiri dibumi dan berbumbung langit Tuhan yang Satu.....so tiada gunanya kita nak bodoh sombong sendiri...ok!!!.warna kulit, berbeza bangsa, hodoh, cantik, miskin, kaya....bukan itu yang harus dibanggakan....bagi aku Jati diri...hati yang baik..ikhlas amat penting dalam sebuah perhubungan dan kehidupan....ok adiosss....armigos.....






Ahad, 16 Disember 2012

Bayangkan...ini je satu-satunya yang ada!!!!!


Bayangkan satu-satunya "benda" yang amat penting untuk digunakan pada tika saat yang amat Emergency...ini je yang ada.....


hah...camner tu nak buat???...cerciter...



Sabtu, 15 Disember 2012

Kedatangan yang agak Kelewatan...

15 Disember 2012...kurang lebih 15 hari lagi menjenguk tahun baru la kita semua....tetapi itu bukan permasalahannya...kedatangannya pada tahun ni agak lewat.....membuatkan kegelisahan hati buat para penduduk Malaysia di sebelah Pantai Timur...bukan apa menurut orang-orang lama jika kedatangannya tu begitu lewat takut nanti kejadian besar yang tidak diingini akan berlaku...

Sejak aku balik dari Kuala Lumpur 3 hari lepas keadaan di Kelantan makin menjadi-jadi...apa yang aku maksudkan 'Hujan'....hehe...almaklumla kan sekarang musim tengku-jo di pantai timur...kelewatannya yang membimbangkan....biasanya kalau sudah hampir tahun baru ni hujan baru tiba...alamat banjir besarla nak datang....bersiap sedialah wahai orang-orang kampung.....sama-sama kita tunggu ....harap-harap tidak... :)

Yang aku nak berkongsi petang ni bukan soal hujan tapi kedinginannya tu....membuatkan aku teringat memori saat pertama kali aku jejak kaki kat tanah Eropah...Kota London....perrhhh...sejukkk!!!..sampai je airport aku meluru keluar ke pintu utama tanpa hiraukan mak cik aku and the geng.....argghhh...fresh macam buka ice box...tak sabar aku nak meneroka kota yang masih baru bagi aku.....mak cik aku dapatkan 2 buah cab yang selama ni aku dok tengok dalam tv je...sekarang aku sendri yang jadi bos...dipandu oleh mat salleh tua menuju ke apartmen kitaorang di Fernhead Road...perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit....aku menikmati permandangan tu...masuk situ...masuk sini...aku masih blur dengan jalan2 disana tetapi dah kelihatan la bangunan yang dok terpampang dalam filem-filem mat salleh...bas double decker dan sebagainya yang berkaitan....

hah...berderet dok tunggu turn nak ambil penumpang
At last sampai apartment, mak cik aku dah siap bagi dua card yang macam card bank...satunya simcard dan satu lagi kata dia pas untuk naik turun bas tanpa limit...maknanya 24 hour aku bleh naik turun n travel kemana saja disekitar kota London dengan transport yang ada logo tu.....wahh..dalam kepala aku dah terewang macam2.....

Transport For London
Dengan rasa tak sabarnya aku buat keputusan nak travel time tu juga...berbekal duit pound, camera dan sekeping card yang ada aku melangkah keluar seorang diri tanpa hiraukan mak cik aku and the geng yang dok berehat...kepenatan....

Ni aku rembat dalam google sebab aku memang xde pun map ni...
Bermulala kisah perjalanan aku 'pengemis cinta' di Kota London...menunggu di hentian bas bersama mat2 dan mek salleh entah kemana arah tujuan...tetapi alhamdulilah tempat yang pertama aku sampai ialah Marble Arch berdekatan dengan Hyde Park taman dalam bandar....sememang misi aku kesini atas dasar kerja and holiday so, aku manfaatkan sepenuhnya masa yang ada walhal...kiranya sebulan aku disini...

Hyde Park - Sempat je...bila lagi...camera kat tanah pun jadik!!
Perjalanan diteruskan...aku meneroka Hyde Park yang sememang begitu luas...macam-macam ragam dan teletah orang yang berkulit putih dan hidung mancung disini...ada yang santai dengan family...berjogging dalam kedinginan yang hampir buat lutut mengigil...ade yang bawa anjing bersiar2...realiti depan mata...tanpa hiraukan mereka aku teruskan langkah kaki cuba mencari pintu keluar selain pintu yang aku masuk tadi....dengan mata aku kompas kan pada satu bumbung bangunan yang tinggi...langkah ku semakin laju menuju kesana...nampak cam best je.....jeng..jeng...sampai jugak...rupanya itu Tugu Peringatan Albert Hall yang berhadapan dengan The Royal Albert Hall.....wah bukan main lagi...kembang hidung aku...yela bukan pe...tanpa sebarang maklumat dan bantuan sesiapa aku berjaya sampai kesini dengan kaki dan kepalaku sendiri...Dewan yang pernah menjadi tempat persembahan artis no 1 negara Dato Siti....ok what??? 

Tugu Albert Hall

Dek sebab pusing satu padang baru sekarang aku terasa penatnya...setelah siap posing ape semua...wah bukan main...excited punya pasal....tak leh nak kata apa la kan....hari pun makin mendung...yang sememangnya dah mendung dari pagi tadi aku sampai...aku buat keputusan untuk cari makan and tutup dulula kisah pengembaraan 'pengemis cinta' di hari pertama di Kota London...

p/s : cerita tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup mahu pun mati...hanyala berkongsi cerita dan mengenang kembali kisah "Pengemis Cinta" tatkala berlalunya masa.....

to be continued..............









Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Terjah!!!!!



http://www.santaileeza.com/2012/12/blogger-paling-santai-2012-cenderahati.html

Segmen kedua untuk pagi ni datangnya dari "Santai Leeza"...jom sama2 terjah ke blog Leeza supaya dapat kita meluaskan sayap di dunia blogger ni...-petikan dari kata2 owner blog dan ditambah perasa oleh aku sendiri...whatever pun segmen2 macam ni memang bagus...apatah lagi blogger baru cam aku ni...boleh meningkat dan memperluaskan dunia blogger aku sendiri....ok...thanks buat owner this blog


Segmen: Blogwalking Following Follow by MisEyz



Meh!!! Pakat-pakat join....


Sebelum masuk ofis aku hari ni sempat lagi belek2 ruangan blog...hah kau terjumpa entri blog adik cumell ni...MisEzy...kira adikla kan dari aku....so aku yang baru dilahirkan ni pun try n errorla join segmen yang dia buat ni...kot2 banyak lagi yang aku bleh kembangkan....
Seperti ownernya juga blog MisEzy nie memang cute-miut dengan ruangan and gadget2 yang dipakai...memang sesuai dengan perwatakannya...so meh kito ramai-ramat pakat terjah blog ni.....

Jumaat, 14 Disember 2012

6 Gambar Yang Buat Mata Anda Terbeliak!

kecanggihan teknologi...awesome!!!







Yang mana satu paling awesome???

Langkah Kedua

Akhirnya....aku mempunyai acc blogger sendiri...salam perkenalan buat otai2 blogger kat luar sana yang sememangnya telah lama bertapak...aku baru je nak berjinak dalam dunia ni semua...asyik membelek blog2 orang rasa terpanggil juga..jadi dengan itu mintakla jasa baik korang2 semua kalau de input2 or sesuatu yang aku sendiri belum tau dalam bab2 ni...tunjukkan jalan kebenarannya ya...

so, untuk introduction aku perkenalkan serba sedikit tentang diri aku yang tak seberapa ni...aku di panggil dengan nama Eedi...dan dalam ic pun itulah ejaan betul nama aku NOOR EEDI....dari Kota Bharu, Kelantan...bekerjaya sebagai seorang entrepreneur ataupun usahawan atau lebih senang lagi menguruskan syarikat sendiri...hihi....

okla...LANGKAH KEDUA.....sebenarnya aku juga terpanggil utk menulis ni atas dasar ingin memberi sedikit ruang pada diri sendri untuk berkongsi...bersandar...bercerita...mengelakkan kecelaruan diri dari kesibukkan kerja dan benda yang berserabut kat dunia ni...cewahh...cam ye2 jew....

ilham dan semangat hari ni datang dari anak buah aku yang Pertama yang baru saja nak pandai bertatih@berjalan...bermula dengan langkah pertamanya yg xberapa ampuh tu...hari ni dia berjaya membuat langkah kedua dalam hidupnya...aku berasa bangga dan amat kagum diatas semangat kesungguhnya untuk melangkah walau dah JATUH terduduk banyak kali....namun dia tetap cuba berdiri dan memulakan lagi langkahnya.......

Kekuatan dan semangatnya telah membakar diri aku ni...betapa gigihnya dia tanpa mengenal erti gagal memberi impak besar pada aku...rasa tertampar diri sendiri pun ada....seperti manusia biasa lain pada langkah pertama aku...aku telah gagal.....dan kini aku cuba dan telah bangkit dengan semangat dan azamku untuk terus melangkah buat kedua kalinya didalam perjuangan diri sendiri untuk meneruskan kehidupan yang aku sendiri tidak tahu hujungnya ini........semoga langkah kedua aku ini tidak lagi dibelenggu dengan rantaian kemusnahan.......harapan usahaku untuk menjadi "Pengemis Cinta" pada Illahi...pada sesama Insan dan kesemua hidupan didunia yang fana ini dirahmati Nya...semoga cinta dan kasihku kepadaNya akan membawa kepada kejalan kebenaran Nya...

setakat ni dulu rasanya aku berceloteh...so, sekali lagi aku hulurkan salam perkenalan buat kesemua Blogger2....kalau ruang blog aku ni semacam je korang tengok..mintak2la tunjuk ajar ye....aku masih belum mahir lagi nak buat itu ini kat ruangan blog tu...aku bedal je....c u all in next entry....


Inila anak buah aku yg telah berjaya memulakan Langkahnya  -  Syeefa